Ads Top

Fasha Sandha Artis Pertama Dilantik Sebagai Duta Produk Jenama Wawawien Beaute

Boleh dikatakan kebanyakan jenama di pasaran gemar mengambil golongan artis atau selebriti menjadi duta produk sebagai strategi pemasaran.

Misalnya, produk Wawawien Beaute turut mengambil pendekatan sama dengan melantik pelakon popular, Fasha Sandha yang menjadi artis pertama sebagai duta jenama berkenaan.

Salah seorang pengasasnya, Maizatulnazwa Mohd Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Wawa berkata, pemilihan Fasha seiring pengaruh dan populariti serta statusnya sebagai ibu yang masih menjaga kecantikan dan memenuhi tanggungjawabnya sebagai isteri serta ibu.

“Ikutkan kami lebih selesa guna terma pengguna setia berbanding duta. Dia (Fasha) bermula daripada mencuba produk itu secara ulasan di Instagram. Malah, dia sendiri menggunakan produk itu secara konsisten dan memuji semangat kami untuk bantu golongan suri rumah dan ibu.

Dia sendiri bergelar ibu dan tahu bagaimana kesusahan golongan ibu di era pandemik Covid-19. Dia menyokong visi dan misi kami,” jelasnya.

Wawa berkata, serentak dengan pengumuman Fasha sebagai duta, turut dihadirkan set edisi terhad Fasha Box Gebu Glow menggabungkan perisa kegemarannya blackcurrant dan strawberi dalam satu sachet.

Jelasnya, produk berkenaan hanya dikeluarkan sebanyak 25,000 kotak sahaja, di mana satu kotak mengandungi 10 sachet dengan harga RM29.90 dan boleh beli menerusi agen sah di tanda pagar #GGboss.

Dalam pada itu, bercerita lebih lanjut mengenai permulaan memulakan perniagaan, Wawa dan adiknya, Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien) pernah bergelar sebagai pramugari.

Kemudian, pada tahun 2014 dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja di awan biru dan diikuti oleh adiknya setahun selepas itu.

“Masa berhenti kerja itu saya akui sangat bergelut. Maklumlah biasa ada duit dalam tangan. Dengan nak besarkan anak lagi. Suami ketika itu masih ada punca pendapatan. Saya kembali menjadi suri rumah, rutin jaga anak dan uruskan rumah tangga. Masa itu rasa dunia macam nak terbalik sebab semua nak pakai duit.

“Paling kemuncak masa nak hantar anak ke nurseri. Yuran dan segala perbelanjaan meningkat. Dengan kos hidup lagi. Tahun sama (2015) saya berjinak jinak dengan dunia berniaga dari rumah termasuk menjual tudung,” katanya yang menjelaskan jenama Wawawien adalah hasil gabungan nama dia dan adiknya.

Ujarnya, mereka memulakan perniagaan menjual 200 helai tudung dari rumah bermodalkan duit simpanan sekitar RM2,000 hingga tercetus Wawawien Collection.

“Seterusnya pada September tahun 2020, kami mencabar diri meneroka pasaran kecantikan pula menerusi Wawawien Beaute. Daripada situ lahirkah rangkaian produk tunggal berasaskan vitamin C dipanggil Gebu Glow.

“Syarikat kami daripada status ‘enterprise’ kini sudah bertukar Sdn Bhd. Kami menggunakan pendekatan modul ‘business to business’. Kami sediakan platform latihan dan pembangunan kerjaya untuk agen. Hingga kini kami ada lebih 2,500 agen di seluruh negeri. Nak mula jadi agen hanya bermodal RM299 saja dan keuntungan boleh cecah 40 peratus.

“Niat kami nak bantu mereka yang hidup susah termasuk golongan suri rumah atau bekerjaya menjana pendapatan. Kami pernah susah, jadi kami mahu sama sama senang dengan lain buat duit dari rumah. Kami sasar 20 juta jualan tahun ini dan 1000 usahawan berjaya,” katanya.

Sementara itu, Awien berkata, minat dan obses dia dan kakaknya terhadap dunia kecantikan antara mendorong
kelahiran produk berasaskan vitamin C itu.

“Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Kami sendiri jenis suka makan suplemen untuk jaga kecantikan dan kesihatan diri. Saya dan kakak sendiri berkahwin di usia muda. Saya kahwin di usia 21 tahun. Cuma selalu orang akan skeptikal yang vitamin C menambah selera makan. Hakikatnya tak.

“Cuma kami ini spesis tak suka makan ubat dalam bentuk tablet. Sebab itu ia dikeluarkan dalam bentuk serbuk. Ia juga meningkatkan imunisasi badan dan mencantikkan kulit sihat. Ia jauh sekali untuk memutihkan kulit. Ibu mengandung dan budak dari umur tujuh tahun pun selamat nak guna,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Fasha Sandha Artis Pertama Dilantik Sebagai Duta Produk Jenama Wawawien Beaute appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.