Ads Top

Adam & Zaf V.E Tersingkir, Hanya Empat Peserta Lolos Ke Final Saingan Program Realiti Hijrahkan Laguku

Saingan program realiti Hijrahkan Laguku hampir berada di kemuncak apabila empat peserta berjaya lolos ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Antara peserta yang layak seperti Iwan Shahman, Datuk Nash, Shahir Zawawi dan Adeep Nahar.

Sementara itu, nasib ternyata tidak menyebelahi Adam dan Zaf V.E apabila mendapat markah terendah, sekaligus tersingkir di peringkat separuh akhir.

Salah seorang peserta yang tersingkir iaitu Adam berkata, sejak peringkat awal saingan lagi dia reda dengan keputusan yang dibuat.

“Saya dah reda sekiranya tersingkir dan memang tak jangka layak sehingga separuh akhir. Moga-moga penonton dapat manfaat dari lirik-lirik yang dipersembahkan.

“Pada masa sama, saya harap program ini akan diteruskan pada musim hadapan,” ujarnya.

Berlangsung setiap hari Sabtu pada pukul 9.00 malam di saluran TV AlHijrah, ia menampilkan Fauzi Marzuki dan Ustaz Zul Ramli selaku juri tetap, manakala Isman Hijaz selaku juri jemputan.

Dari segi permakahan pula, 80 peratus adalah daripada juri tetap, manakala 20 peratus merupakan undian penonton. – KopiPlanet.com

The post Adam & Zaf V.E Tersingkir, Hanya Empat Peserta Lolos Ke Final Saingan Program Realiti Hijrahkan Laguku appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.