Ads Top

“Sewaktu Nama Saya Dipuji Oleh Seluruh Malaysia, Kawan Yang Jauh Akan Tiba Mengaku Rapat” – Iqbal Akui Semuanya Menyepi Ketika Dirinya Dikecam & Dihina

Pada tahun lalu, nama Ahmad Iqbal Zulkefli sememangnya menjadi sebutan gara-gara kisahnya bersama usahawan terkenal Dato Seri Vida.

Dalam satu posting di Insta Story, Iqbal akui ketika namanya dipuji, ramai yang cuba rapat, namun terus menyepi apabila dirinya mendapat kecaman netizen.

“Apa yang saya sedih, sewaktu mama saya dipuji oleh seluruh Malaysia, kawan yang jauh akan tiba mengaku rapat. Orang yang sudah lama tidak berhubung, tiba-tiba mengaku baik.

“Seribu kali sayang, ketika nama saya dikecam bertubi-tubi, semuanya menyepi. Malah ada yang hina belakang. Ada yang tidak mengaku kenal saya,” luahnya.

Ujar Iqbal, dia juga memberi amaran supaya tidak cuba lagi untuk rapat dengan dirinya setelah namanya menjadi baik semula.

Jelasnya, buat masa ini dia sedang memerhati siapa yang ada di sampingnya ketika dirinya memerlukan semangat.

“Jika satu hari nama saya menjadi baik, jangan sesekali cuba untuk merapat. Penat saya dikecam, dihina oleh netizen demi membina nama. 

“Jangan semudah itu mahu menempel. Ketika ini saya banyak memerhati siapa yang ada ketika saya memerlukan semangat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Sewaktu Nama Saya Dipuji Oleh Seluruh Malaysia, Kawan Yang Jauh Akan Tiba Mengaku Rapat” – Iqbal Akui Semuanya Menyepi Ketika Dirinya Dikecam & Dihina appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.