Ads Top

Tasha Shilla Selamat Melahirkan Cahaya Mata Lelaki, Tidak Dedah Wajah Penuh Anak

Pelakon popular, Tasha Shilla telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki semalam.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu perkongsian di Instagram.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.

“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa,” tulisnya.

Pada masa sama, Tasha turut menghargai segala bantuan yang diberikan dalam menyempurnakan proses bersalin.

“Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di hospital.

“Yang paling special dalam hidup saya, Suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Tasha Shilla Selamat Melahirkan Cahaya Mata Lelaki, Tidak Dedah Wajah Penuh Anak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.