Ads Top

Gara-Gara PKP & Terlupa Ambil Kereta, Seorang Lelaki Kena Bayar Parking RM7,000

Seorang lelaki telah menjadi viral gara-gara terpaksa membayar duit parking sebanyak RM7,000.

Semuanya berpunca akibat dia terlupa mengambil kereta di parking gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Lama sangat PKP, sampai lupa nak ambil kereta. Nangis la bayar parking,” tulisnya menerusi satu perkongsian video di TikTok.

Menerusi video berkenaan juga, lelaki berkenaan dilihat tenang membayar harga tiket parking berkenaan.

Setakat ini, video berkenaan telah ditonton sebanyak 815,800 tontonan serta lebih 25,000 tanda suka.

Dalam pada itu, rata-rata netizen terkejut dengan jumlah berkenaan, namun ada juga yang beranggapan lelaki berkenaan sebenarnya menjumpai tiket orang lain yang hilang. – KopiPlanet.com

The post Gara-Gara PKP & Terlupa Ambil Kereta, Seorang Lelaki Kena Bayar Parking RM7,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.