Ads Top

Selepas Dapat Vaksin Pertama, Acong Sweetchild Kesal Dapat Mesej Menakutkan Mengaitkan Pasal Kematian

Penyanyi dan pelawak Acong Sweetchild kesal dengan segelintir individu yang menghantar mesej-mesej yang menakutkan kepadanya setelah dia menerima vaksin baru-baru ini.

Acong berkata, ada segelintir yang menghantar mesej berkaitan cerita beberapa penerima vaksin yang meninggal dunia setelah mendapatkannya.

“Apabila dapat mesej sebegitu, saya tanya semula ‘korang ni nak aku mati ke? Kenapa hantar mesej-mesej macam ni kat aku’.

“Patutnya mereka kena sokong. Kita dah dapat vaksin yang pertama ni akan rasa lega dan bukan ditakutkan dengan mesej-mesej sebegitu,” jelasnya.

Ujar Acong, perkara sebegitu juga sebenarnya boleh membuatkan penerima vaksin seperti dirinya akan berasa lemah semangat.

Jelasnya lagi, itu juga menjadi antara punca dia memadamkan gambarnya menerima vaksin di laman sosial Instagram.

“Sampaikan saya pernah terfikir pasal mati lepas terima vaksin, tetapi saya beritahu pada isteri, kalau nak mati bila-bila boleh mati.

“Apa pun kita kena reda, apa yang saya harapkan selepas terima suntikan vaksin yang kedua akan jadi lebih baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Acong juga menganggap ia adalah antara rezeki buat dirinya dan isteri apabila menjadi penerima awal vaksin.

Jelasnya, sama seperti orang lain dia dan isteri turut mendaftar untuk menjadi penerima dan tidak sangka mereka telah dihubungi.

“Ada yang komen kata saya ni warga emas sebab dapat awal dan saya padam komen itu. Namun, saya anggap ini lebih kepada rezeki,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Selepas Dapat Vaksin Pertama, Acong Sweetchild Kesal Dapat Mesej Menakutkan Mengaitkan Pasal Kematian appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.