Ads Top

Caprice Berjaya Tangkap Individu Scammer Tipu Duit Orang Ramai Guna Produk Baju Melayunya

Penyanyi Caprice telah berjaya menangkap seorang individu scammer yang telah menipu orang ramai dengan menggunakan produk jualan baju Melayu penyanyi berkenaan.

Difahamkan, ‘scammer’ tersebut telah menipu orang ramai dengan mendakwa dia menjual baju melayu milik Caprice dan baju lain yang dikeluarkan penyanyi itu sebelum ini.

“Alhamdulillah, my brothas from Johor berjaya jumpa scammer baju raya caprice! Akan diserahkan kepada polis sekejap lagi. Caprice harap ni adalah amaran terakhir kepada semua scammer dekat luar sana.

“Dua hari lepas, kita bagi brader ni 24 jam untuk hubungi Caprice dan serahkan diri dia dekat balai paling dekat. Orang paling rapat dengan dia sudah whatsapp Caprice dan cakap brader ni masih tak nak serah diri. Mungkin dia degil atau dia rasa boleh lari macam kes tahun 2019 dulu,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Namun begitu, menurut Caprice, tidak sampai 48 jam daripada arahan supaya dia menyerah diri, scammer itu telah membuat satu lagi penipuan.

Mangsa tersebut perasan dia ditipu selepas melihat wajah lelaki itu sama seperti individu ‘scammer’ yang ditularkan Caprice dalam media sosialnya.

“Tak sangka walaupun dia sudah tular tiga hari lepas tapi masih curi duit orang lain hari ni,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice juga telah membuat satu laporan polis di Pondok Polis Mont Kiara pada malam tadi.

Pada masa sama, Caprice turut berharap supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan kepada scammer lain yang banyak menganggu perniagaan orang lain. – KopiPlanet.com

The post Caprice Berjaya Tangkap Individu Scammer Tipu Duit Orang Ramai Guna Produk Baju Melayunya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.