Ads Top

Hari-Hari Menangis… Sajat Luah Rasa Rindu Terhadap Anak-Anak

Sehingga kini, lokasi persembunyian usahawan selebriti popular Sajat masih belum diketahui.

Bagaimanapun, usahawan berkenaan sesekali dilihat memuat naik status di laman sosial Instagram miliknya.

Yang terbaru, menerusi Insta Story miliknya, Sajat telah meluahkan rasa rindu terhadap dua orang anak angkatnya.

“Aku rindu betul anak-anak ku. Sumpah aku rindu.

“Hari-hari aku menangis. Kenapa la jadi macam ini?” tulisnya.

Sebelum ini, Sajat telah membela dua orang anak angkat iaitu pasangan kembar Syaza dah Syahmi. – KopiPlanet.com

The post Hari-Hari Menangis… Sajat Luah Rasa Rindu Terhadap Anak-Anak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.