Ads Top

Terima Tawaran Berlakon, Yonnyboii Tolak Bawa Watak Utama Kerana Belum Bersedia

Penyanyi dan komposer yang semakin meningkat naik, Yonnyboii mengakui telah ditawarkan berlakon dan memegang watak utama.

Bagaimanapun, dia mengakui terpaksa menolak tawaran yang diberikan kerana berasakan masih belum lagi bersedia memegang watak besar.

“Pada mulanya saya ditawarkan watak utama untuk telefilem Jay-Y Dan Cik Be-Yonce, tetapi saya tolak kerana tidak bersedia dan enggan menyusahkan pihak produksi ketika penggambaran.

“Kemudian, saya ditawarkan pula dengan watak yang lebih kecil dan akhirnya saya terima. Lagipun saya bergandingan pula dengan Zyanakal dalam telefilem berkenaan,” ujarnya.

Yonnyboi berkata demikian ketika ditemui semasa penggambaran drama berkenaan yang berlangsung baru-baru ini.

Telefilem arahan Izuan Mokhtar itu dibintangi oleh Cik B dan Chubb-E selaku teraju utama serta menampilkan pelakon lain seperti Cat Farish, Ifa Raziah dan Datuk Seri Vida.

Dalam pada itu, ketika ditanya apa yang membuatkan dirinya terjun ke bidang lakonan, Yonnyboii memberitahu ia lebih sekadar kepada mahu mencari pengalaman.

“Rasanya sudah tiba masa untuk saya melangkah setapak lagi dalam bidang seni dengan mencuba bidang baharu dan tentunya banyak yang saya akan pelajari dalam lakonan ini.

“Lagipun saya rasa lakonan juga dapat membantu saya, terutama sekali untuk penggambaran video muzik saya pada masa akan datang,” ujarnya.

Telefilem Jay-Y Dan Cik Be-Yonce akan ditayangkan di saluran Astro Ria pada Hari Raya Pertama. – KopiPlanet.com

The post Terima Tawaran Berlakon, Yonnyboii Tolak Bawa Watak Utama Kerana Belum Bersedia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.