Ads Top

“Ketika Otak Yang Letaknya Di Atas, Tapi Ada Yang Bertindak Seolah Otak Di Lutut” – Pembaca Berita Lantang Bersuara Isu Kompaun RM50,000

Beberapa hari lalu, sudah menjadi kecoh mengenai beberapa peniaga kecil-kecilan yang dikenakan kompaun sehingga RM50,000 kerana kesalahan melanggar SOP.

Ternyata tindakan tersebut telah mendapat kecaman ramai pihak yang berasakan ia tidak adil, berbanding kompaun yang dikenakan terhadap seorang selebriti.

Yang terbaharu, klip video seorang pembaca berita Astro Awani yang bersuara lantang mengenai isu berkenaan ketika bersiaran.

“Sekarang ini ramai yang hidup secara ala kadar. Ketika otak yang letaknya di atas, tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut. Mengenakan kompaun RM50,000 pada penjaja kecil yang hanya berniaga di kawasan kampung sendiri.

“Usaha itu dibuat kerana ada yang menanggung sehingga 11 sekeluarga. Sudahlah pulangan tidak seberapa, jumlah kompaun di luar pemikiran insan,” ujarnya pembaca berita berkenaan.

Rata-rata netizen telah memuji cara penyampaian oleh pembaca berita berkenaan yang dilihat berani mengulas mengenai perkara tersebut. – KopiPlanet.com

The post “Ketika Otak Yang Letaknya Di Atas, Tapi Ada Yang Bertindak Seolah Otak Di Lutut” – Pembaca Berita Lantang Bersuara Isu Kompaun RM50,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.