Ads Top

Akui Dulu Bangga Tayang Aurat Di Khalayak, Kini Yatt Hamzah Berasa Malu Walau Sehelai Rambutnya Kelihatan

Umum mengetahui bahawa pelakon Yatt Hamzah antara pelakon yang sudah lama melalui fasa penghijrahan dalam kehidupan serta penampilannya.

Menerusi satu status yang dimuat naik di Instagram, Yatt mengakui pernah berasa bangga menayangkan auratnya.

“Dulu aku pernah merasa bangga menayang auratku di khalayak. Kini aku malu jika walau sehelai rambutku kelihatan.

“Jika kau sedang atau pernah merasakan yang sama, inilah namanya Hidayah,” tulisnya.

Ujar Yatt, Ramadan juga adalah bulan keinsafan dan perlu fokus untuk diri menjadi lebih baik.

“HIDAYAH akan hadir. HIDAYAH perlu dicari bukan dinanti. Taglah sahabat2 yg sdg atau telah berhijrah.

“Keep supporting them. Besar pahala kebaikannya. In shaa Allah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Akui Dulu Bangga Tayang Aurat Di Khalayak, Kini Yatt Hamzah Berasa Malu Walau Sehelai Rambutnya Kelihatan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.