Ads Top

Ayda Jebat Umum Secara Rasmi, Sahkan Dirinya Sudah Hamil Empat Bulan

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengesahkan yang dirinya kini hamil sedang hamil empat bulan.

Menerusi laporan portal Oijom.com, Ayda berkata, dia gembira atas rezeki zuriat yang dikurniakan oleh Allah buatnya dan suami, Nabil Mahir. 

“Alhamdulillah dengan rezeki ini dan doakan agar kandungan saya sihat dan bayi yang bakal dilahirkan sempurna sifat. 

“Saya juga bersyukur akhirnya dapat berkongsi berita ini dengan semua pada masa yang sesuai dari dari mulut saya sendiri,” katanya.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, mengumumkan berita tersebut pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur hari ini.

Ayda memberitahu bahawa zuriat sulungnya itu dijadualkan lahir pada Oktober depan. 

Ujarnya, hari ini merupakan waktu paling sesuai untuk berkongsi berita gembira ini selepas usia kandungan sihat serta stabil. 

“Nabil juga pastinya paling gembira dengan berita ini dan sentiasa memberi sokongan serta menjaga saya,’ katanya. 

Ayda telah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat

The post Ayda Jebat Umum Secara Rasmi, Sahkan Dirinya Sudah Hamil Empat Bulan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.