(Video)”Hargailah Kerja Seseorang..,” Ikut Kawan Kerja Hantar Parcel, Ini ‘Perangai’ Orang Kita Bila Nak Terima Barang
Tidak dinafikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jualan dan pembelian secara dalam talian mencanak tinggi. Banyak kurier terpaksa bekerja lebih masa untuk menghantar parcel kepada pelanggan.
Sebagai pelanggan pula, kita seharusnya bersabar. Bukan barang kita sahaja yang mereka ingin hantar tetapi dalam sehari beratus barang lain-lain tempat dan kawasan.
Seperti pengalaman seorang pemuda ini, Faiz Ghani mengikut rakannya yang merupakan salah seorang kurier Pos Laju menghantar barangan ke pelanggan. Katanya nak cari pengalaman, tetapi dia akui kerja ini bukanlah suatu perkara yang mudah.
Pelbagai dugaan dan ujian mereka hadapi setiap hari, salah satunya pelanggan tidak angkat telefon, beri alamat salah dan macam-macam lagi.
“Hargailah setiap pekerjaan seseorang…”
Hargai setiap pekerjaan seseorang pic.twitter.com/n9oX4UvvIv
— Bruh Iz (@FaizzGhanii) February 19, 2021
Sumber: Faizz Ghani
The post (Video)”Hargailah Kerja Seseorang..,” Ikut Kawan Kerja Hantar Parcel, Ini ‘Perangai’ Orang Kita Bila Nak Terima Barang appeared first on Siakap Keli.
No comments: