Ads Top

Mengaku Tak Pernah Buat Solat Dhuha, Syatilla Melvin Kini Mula Amalkannya

Pelakon dan usahawan popular, Syatilla Melvin mengakui sepanjang hidup berpuluh-puluh tahun, dia tidak pernah membuat solat Dhuha.

Perkara berkenaan didedahkan sendiri olehnya menerusi perkongsian di laman Instagram.

“Berpuluh tahun hidup tak pernah buat solat Dhuha. Ya Allah malu sebenarnya nak mengaku, tapi tilla percaya mungkin ada juga hamba allah yang pernah ada dekat tempat Tilla harini dulu solat yang wajib pun rongak-rongak, apatah lagi yang sunat.

“Segan and malu gila nak mengaku sebenarnya, takot orang fikir bukan-bukan, takot orang kutuk, takot orang cop kita bukan-bukan. Tapi bila fikir balik, why not aku share je benda ni, mana tahu bila followers yang baca ni tiba-tiba terbukak hati nak buat jugak ke kan? Pasti ramai yang tengah berlawan dengan ego diri sendiri sekarang ni. Sama macam tilla!!” tulisnya,

Menurut Syatilla, dia memilih untuk berkongsi perkara berkenaan kerana dia kini sudah berjaya melakukannya.

Malah, ujar isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu lagi, dia akan konsisten untuk melakukannya.

“Owh btw, sebab tak pernah buat solat Dhuha ni dulu, so cara nak niat pun kena Google tengok YouTube malu dengan diri sendiri tuhan ja tau.

“Tapi bila dah start buat, rasa sayangnya nak tinggal rasa mcm keperluan pulak! Kalau tak buat rasa bersalah macam mana tak tau. Insyallah sedaya upaya tengah usaha untuk buat hari-hari. Doakan kami please,” ujarnya.

Syatilla juga berpesan supaya jangan pernah rasa terlambat untuk melakukan sesuatu perkara yang baik.

Selagi ada rezeki bernafas, selagi tu kita ada peluang setuju sangat kan?” katanya. – KopiPlanet.com

The post Mengaku Tak Pernah Buat Solat Dhuha, Syatilla Melvin Kini Mula Amalkannya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.