(Video) Ini Cara Mudah Masukkan Data Dalam ‘Table’ Yang Ramai Tak Tahu
Mesti korang ada masalah bila terpaksa masukkan data dalam kotak satu persatu kan? Pasti ada yang mula bosan kerana ia mengambil masa yang lama.
Tetapi selepas korang tengok tutorial ini, mesti rasa bersyukur sebab gadis ini telah kongsikan cara mudah untuk masukkan data tanpa memerlukan masa yang lama. Tidak dinafikan, perkongsian daripada Nabihah Sahauzi ini akan memudahkan kerja ramai orang termasuklah pelajar universiti dan sekolah.
Data dah ada, cuma nak masukkan tiap satu data dalam table tu makan masa. Sebenarnya ada cara mudah nak pindahkan data ke dalam table dengan beberapa langkah saja…
Sebelum
Selepas
Highlight kan semua data. Kemudian klik ‘Insert > Klik ‘Table’ > Klik ‘Convert Text to Table…’
Kemudian pilih ikut sesuaian data. Seperti contoh yang ditunjukkan, data dipisahkan dengan koma ( , ). Apabila telah selesai, klik ‘OK’.
Inilah hasilnya!
Lagi berguna jika mempunyai data yang lebih banyak untuk dipindahkan. Lebih mudah dan menjimatkan masa.
Seperti biasa, tutorial ringkas supaya lebih jelas :
1) Highlight data
2) Insert
3) Table
4) Convert Text to Table pic.twitter.com/IrGPk9H3Ui— nbhh (@NabihahShaauzi_) February 20, 2021
The post (Video) Ini Cara Mudah Masukkan Data Dalam ‘Table’ Yang Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.
No comments: