Ads Top

Jarang Ada Gambar Bersama Dalam Instagram, Marsha Milan Akui Suaminya Pemalu

Jarang memuat naik gambar bersama suami di Instagram, ternyata Marsha Milan Londoh mempunyai alasan yang tersendiri.

Menerusi satu entri di Instagram miliknya, Marsha mengakui bahawa suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail adalah seorang yang pemalu.

“Walaupun lagi berapa hari lagi anniversary, ni la perangai dia, demi sekeping gambar… @sepol_ali pemalu sebab tu la susah nampak dia dalam Instagram I. Kalau post pun, kalau dia rasa tak ok… jap lg dia delete la tu time i tengah leka.

“Pastu dia tak romantik. Tengok la.. duk tepis-tepis tangan hahahahaha tapi bini pula macam kucing… nak tak nak dia redho. Despite our differences… I still love you more than 3000 Mi!” tulisnya berserta dengan video sambutan ulang tahun perkahwinannya.

Dalam pada itu, Marsha memberitahu bahawa dia terpaksa menyambut ulang tahun perkahwinan lebih awal kerana ada penggambaran.

“We had an early dinner celebration for our Anniversary (which is on the 31st of December) sebab Marsha shooting time tu… but oh wells.. he understands and he is ok,” tulisnya.

Marsha yang juga bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) itu mendirikan rumah tangga dengan Shaiful Nizam pada 31 Disember 2015. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Marsha Milan

The post Jarang Ada Gambar Bersama Dalam Instagram, Marsha Milan Akui Suaminya Pemalu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.