(Video) Itik Terlajak ‘Landing’ Atas Ais, Meluncur Laju Rempuh ‘Member’ Tengah Santai Berehat
Satu rakaman melucukan apabila seekor itik ‘landing’ dan merempuh itik lain yang sedang berehat.
Dalam klip yang dikongsikan oleh @AnimalsWorld itu, menunjukkan seekor itik yang dipercayai sedang mendarat di atas permukaan ais.
Seperti diketahui, permukaan ais tersebut licin dan memerlukan cengkaman yang kuat untuk bergerak. Sebaik sahaja itik tersebut ‘mendarat’ di permukaan ais tersebut, badannya dibawa meluncur laju ke itik yang lain.
Akibatnya, seekor itik yang sedang berehat seakan terpinga apabila badannya dirempuh daripada belakang.
Duck landing on ice pic.twitter.com/Pi55vTqMqN
— Nature & Animals (@AnimalsWorId) December 27, 2020
Sumber : Twitter
The post (Video) Itik Terlajak ‘Landing’ Atas Ais, Meluncur Laju Rempuh ‘Member’ Tengah Santai Berehat appeared first on Siakap Keli.
No comments: