Ads Top

(Video) Lelaki Sewakan Diri Untuk Tak Buat Apa-apa, Terima Bayaran Lebih RM300 Untuk Setiap Pelanggan

Dalam keadaan ekonomi dunia yang dalam tempoh pemulihan pada ketika ini, ramai yang bergelut untuk mencari rezeki.

Dengan penutupan beberapa sektor penting seperti pelancongan, pastinya sukar untuk mencari pekerjaan.

Namun, tahukah anda bahawa tidak membuat apa-apa pun boleh menjadi sumber pendapatan.

Pekerjaan ‘sewa orang yang tidak melakukan apa-apa’ itu dilakukan oleh seorang lelaki dari Jepun yang berusia 37 tahun.

Morimoto Shoji menjelaskan bahawa orang ramai boleh menyewa dirinya untuk tidak melakukan apa-apa selain dari makan dan minum.

“Saya akan berikan jawapan yang simple sahaja jika ditanya apa-apa, selain daripada itu, saya hanya menawarkan perkhidmatan tidak melakukan apa-apa,” katanya.

Menurut South China Morning Post, pelanggan-pelanggan Shoji hanya memerlukan peneman dan tempat untuk meluahkan perasaan.

Dia mengenakan bayaran sebanyak 10,000 yen (RM386), ditambah dengan kos perjalanan.

Lelaki itu juga pernah mendapat perhatian netizen di Twitter pada 2018 apabila memuatnaik ciapan yang menawarkan dirinya untuk disewa.

Meet Morimoto Shoji, the 37-year-old Japanese who rents himself out for doing “nothing in particular”.

Posted by South China Morning Post on Friday, February 5, 2021

Sumber: South China Morning Post

The post (Video) Lelaki Sewakan Diri Untuk Tak Buat Apa-apa, Terima Bayaran Lebih RM300 Untuk Setiap Pelanggan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.