Dua Ekor Harimau Sumatera Spesis Terancam Lolos Dari Zoo, Seekor Berjaya Ditembak Mati
Dua ekor harimau sumatera dilaporkan terlepas dari Zoo Sinka Di Singkawang, Kalimantan Barat pada Sabtu, seekor telah ditemui dan ditembak mati oleh petugas zoo.
Harimau-harimau itu dipercayai terlepas dari kandang dan menerkam seorang petugas zoo sehingga meninggal dunia, lapor CNN Indonesia.
Ketua Badan Pemuliharaan Sumber Asli Kalimantan Barat (BKSDA), Sadtata Noor Adirahmanta mengatakan bahawa setelah haiwan itu terlepas dari kandang, ia telah lari ke dalam hutan yang terletak di sekitar zoo.
Pasukan bersama yang terlibat dalam pencarian dan penangkapan harimau telah melakukan beberapa usaha untuk menangkap termasuk mengumpan harimau ke dalam sangkar, namun percubaan itu tidak berjaya.
“Kami menembak ia dengan peluru anestetik namun tidak memberi kesan, kerana ia terus melarikan diri jadi ia ditembak, takut nanti ia akan masuk ke kawasan kampung,” kata Adirahmanta.
Tambahnya lagi, pihaknya risau jika harimau tersebut akan mengancam keselamatan penduduk.
Menerusi laporan CNN Indonesia yang terbaru, seekor lagi harimau yang hilang dilaporkan telah ditemui pada Sabtu malam.
Ketua polis Singkawang, AKBP Prasetio Adi Wibowo, berkata bahawa harimau yang ditangkap hidup-hidup itu bernama Tora.
Pencarian Tora berpusat di kawasan zoo yang mempunyai keluasan 20 hektar, pegawai juga telah menggunakan dron untuk mengesan keberadaan haiwan itu.
Ketika ini, pihak polis sedang fokus untuk melakukan pemeriksaan terhadap sejumlah saksi yang melihat dua harimau itu terlepas.
Sumber: CNN Indonesia
The post Dua Ekor Harimau Sumatera Spesis Terancam Lolos Dari Zoo, Seekor Berjaya Ditembak Mati appeared first on Siakap Keli.
No comments: