(Video) “Dengan Bunyi Cicak Lagi…”, Reaksi Jurubahasa Pasrah “Green Screen” Tiba-tiba Tercabut Ketika Rekod Video Bikin Ramai Terhibur
Di kala pandemik ini, bermacam-macam cara kita usahakan demi memastikan sesuatu tugasan itu dilakukan dengan sempurna.
Seperti golongan pendidik misalnya, waktu inilah untuk mereka memaksimumkan tahap kreativiti masing-masing dalam menyampaikan ilmu.
Tidak kiralah apa yang jadi, yang penting ianya ‘sampai’ ke penerima.
Baru-baru ini, warganet Hafiz Azhari berkongsi rakaman video ibunya sedang beraksi di depan kamera sebagai jurubahasa isyarat.
Kalau dilihat video ini, mesti kita kagum sebab teknikalnya nampak canggih. Berlatarbelakangkan visual maya, rakaman ini menggunakan konsep skrin hijau.
Tapi ketika sedang fokus beraksi, tiba-tiba terjadi masalah tidak diduga. Jom tonton video ini.
alahai comel jer my mum nak record video tetiba background tercabut pic.twitter.com/QZ3AzUyKOy
— أزهاري خافيظ (@azhari_hafiz00) February 6, 2021
Sudahlah ada bunyi cicak, latar belakang pula jatuh. Tergendala sudah rakaman. Walau macam manapun, tersenyum saja ibu Hafiz ini.
Difahamkan, ibu Hafiz merupakan jurubahasa di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan seorang pensyarah di Open University Malaysia (OUM).
Disebabkan kelihatan begitu mahir dengan bahasa isyarat, ramai netizen kagum dengan kebolehan ibu Hafiz ini.
Namun di sebalik aksi ‘terhibur’ ini, ada juga netizen yang memahami bahawa bukan mudah untuk menjayakan sesuatu rakaman, apatah lagi ianya perlu dibuat berulang-kali.
Penat weh, biasa orang dah berumur ni dia nak adapt dengan pembelajaran it ni serious ambik masa. Diorang lambat sikit. So harapkan orang sekililing dia lah macam anak. Nampak dia macam dah penat je bila kain tu terbuka. Stay strong puan!
— papercut (@Krlanwarr) February 6, 2021
Ada juga yang boleh ‘rasa’ betapa penatnya ibu Hafiz melalui riak muka dan bahasa tubuhnya.
Kesian, gayanya sangat penat.
Alhamdulillah kadang bukan tak kesian dengan effort tenaga pengajar ni, tapi itulah. Kita student ni pun sakit nak belajar online. Masalah itu ini,
— Abu (@petakpa) February 6, 2021
Nampak terhibur, tapi sejujurnya terbit rasa simpati dengan ibu Hafiz. Tak mengapa, netizen ini turut mendoakan agar segalanya dipermudahkan.
Kelakar tp kesiannn dkt dia nak record balik. Kita yg muda2 ni pun kalau dh elok2 record lpstu spoil pun kita dh angin, hmm smoga diprmudahkan aunty !! Semangat smgt
— paj (@dzulfazwan_) February 6, 2021
Ianya bukan mudah..
Alaa comelnya…to be honest, this is not an easy work. I can imagine how frustrating it would be if this were to happen when one is exhausted. Major respect to all the dedicated educators out there
— cho ︎ (@anisnxbila) February 6, 2021
Semoga ibu Hafiz tak mengalah untuk meneruskan khidmat bakti sebagai jurubahasa isyarat di kaca skrin.
Orang kata, sedia berkhidmat demi negara.
Sumber: Twitter Hafiz Azhari
The post (Video) “Dengan Bunyi Cicak Lagi…”, Reaksi Jurubahasa Pasrah “Green Screen” Tiba-tiba Tercabut Ketika Rekod Video Bikin Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.
No comments: