Ads Top

Ada ‘Seseorang’ Cuba Sihir Aeril Zafrel Dan Ahli Keluarganya, Maafkan Orang Yang Berbuat Demikian

Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan bahawa ada pihak yang cuba menyihir dia dah ahli keluarganya.

Perkara perkenaan dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan dengan menunjukkan gambar kepingan logam yang berserta dengan kain berwarna kuning.

“Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan ALLAH sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang.

“Begitu juga dengan saya, Alhamdulillah …. ALLAH hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif – saya dan keluarga terselamat daripada permainan ilmu sihir ‘seseorang’ baru-baru ini,” tulisnya.

Ujarnya lagi, dia juga memohon maaf sekiranya dia telah membuat sebarang kesilapan sehingga orang tersebut membuat percubaan sihir terhadap dirinya dan keluarga.

Jelasnya, dia telah memaafkan orang berkenaan dan berharap semoga segera bertaubat atau perbuatan yang dilakukan.

“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sihir itu.

“Sejujurnya saya memaafkan perbuatan aniaya ‘pihak itu’ kepada saya. Selebihnya saya serahkan pada ALLAH Rafiqul A’la. Semoga bertaubat dengan sesungguhnya,” ujarnya.

Menurut Aeril, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap dirinya supaya berjumpa terus agar dia dapat membetulkan segala kesilapan yang telah dilakukan.

“Sekiranya masih ada lagi rasa tidak puas hati atau ingin melampiaskan amarah atau menegur kesilapan saya – marilah bertemu secara nyata.

InsyaALLAH saya akan berlapang dada untuk mendengarnya dan membetulkan apa jua kesalahan saya jika ada,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Aeril Zafrel

The post Ada ‘Seseorang’ Cuba Sihir Aeril Zafrel Dan Ahli Keluarganya, Maafkan Orang Yang Berbuat Demikian appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.