Ads Top

(Video) Comel, Aksi Kucing Panjat Belakang Biri-biri Belanja Urut “Free”, Biri-biri Pula Buat Muka ‘Layan’

Bila dah namanya kucing, ia pasti akan menimbulkan pelbagai ‘masalah‘ yang kelihatan menjengkelkan namun tetap dengan penuh kecomelan.

Bagi yang memelihara kucing, anda pasti pernah secara tiba-tiba ‘diurut’ oleh haiwan itu.

Menurut portal Purina, sebab utama kucing suka ‘mengurut’ adalah sifat naluri yang mereka warisi sejak dari kecil.

Ketika kecil, mereka akan ‘mengetuk’ perut ibu mereka untuk mendorong pengeluaran aliran susu.

Pun begitu, berbeza pula dengan video tular ini yang menyaksikan seekor kucing sedang ‘mengurut’ biri-biri.

Apa yang membuatkan orang ramai terhibur adalah apabila biri-biri itu kelihatan tidak mengendahkan kucing itu dan bagaikan ‘berpuas hati’ dengan ‘servis urut’ tersebut.

Video yang dimuatnaik di Twitter itu setakat ini mendapat lebih 600 ribu tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dan ‘geram’ dengan kecomelan kedua-dua haiwan itu.

Sumber: SmallholdersUK

The post (Video) Comel, Aksi Kucing Panjat Belakang Biri-biri Belanja Urut “Free”, Biri-biri Pula Buat Muka ‘Layan’ appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.