Ads Top

Rezeki Banjir, Ikan Laga Harga ‘Mahal’ Masuk Dalam Rumah Lelaki Ini Buat Netizen ‘Geram’

Rezeki di sebalik musibah. Itu yang berlaku kepada seorang pemuda apabila dia menemui seekor ikan laga di rumahnya ketika banjir berlaku di Bekasi, Barat Jawa, Indonesia.

Memetik laporan Tribun News, pemuda berkenaan memuat naik sebuah video menerusi aplikasi TikTok yang menunjukkan ikan laga itu sehingga meraih 2.2 juta tontonon oleh warganet.

Video berdurasi beberapa saat menunjukkan pemuda tersebut sedang meredah air di dalam rumahnya sebelum menangkap ikan laga itu dengan hanya menggunakan tangan.

@thesquishyboy

yang cupang nya anyut dm ya 🤣 #fypシ #fyp #bekasi #MulaiDari100 #AyoDancePuzzles #banjir

♬ Dominique Koplo – yofve squidward

Ketika dihubungi oleh Tribun News, pemuda yang dikenali sebagai Apriliano Dewa Izmi mengesahkan kejadian berkenaan yang berlaku pada Jumaat lepas.

Menurut Apriliano, ketika itu rumahnya yang berada di Kompleks Bumi Satria Kencana, Kayuringin, Kota Bekasi, Jawa Barat dilanda banjir.

Kemudian, dia menjumpai ikan laga putih dengan corak hitam berenang di rumahnya sebelum menemukan beberapa ikan yang lain.

”Air ketika itu jernih kerana air hujan memasuki rumah kemudian air mulai menjadi keruh.”

“Ketika air jernih saya menjumpai ikan laga, ketika air keruh ada juga menjumpai ikan lain,” katanya yang berusia 23 tahun.

Tambah Apriliano, dia diberitahu bawa ikan yang ditemuinya itu merupakan jenis ‘cooper’ yang bernilai ratusan hingga ribuan ringgit bergantung kepada jenis dan kualitinya.

Dia kini memelihara ikan laga itu di dalam akuarium kecil dengan niat untuk menjualnya semula kepada mereka yang berminat.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa ikan laga dari spesis berkenaan mempunyai nilai yang mahal. Namun, tidak dapat dipastikan berapakah harga pasaran untuk ikan lagi dari spesies tersebut.

Itu ikan mahal bro..

Sumber: Tribun News

The post Rezeki Banjir, Ikan Laga Harga ‘Mahal’ Masuk Dalam Rumah Lelaki Ini Buat Netizen ‘Geram’ appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.