Ads Top

Tuju Dedah Dirinya Pernah Kerja Cuci Kereta, Berhijrah Ke Kuala Lumpur Tanpa Pengetahuan Keluarga

Penyanyi Tuju mendedahkan dirinya pernah bekerja sebagai pencuci kereta sebelum dikenali ramai seorang penyanyi rap yang semakin mencipta nama.

Tuju yang juga salah seorang anggota kumpulan K-Clique itu juga memberitahu penghijrahannya ke Kuala Lumpur adalah tanpa pengetahuan ahli keluarga pada tahun 2019.

“Dahulu saya pernah bekerja sebagai pencuci kereta, kemudian berhijrah pula ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan keluarga. Ketika itu saya beritahu keluarga saya ada show.

“Apabila berhijrah duit satu sen pun tak ada sampai jiwa saya jadi pusing apabila sering terkenangkan pada masa hadapan,” jelasnya.

Tuju berkata demikian ketika sidang media secara virtual pelancaran single baharunya berjudul Jiwa Pusing yang telah dihasilkan olehnya pada tahun 2019.

Ujar Tuju atau pemilik sebenar nama Muhammad Azree Shah Awang Zamri itu, single berkenaan adalah cerminan kehidupan yang dilaluinya sekitar dua tahun lalu sebelum mencipta nama bersama K-Clique.

“Ketika itu saya masih seakan-akan tidak nampak masa depan, meskipun sudah berusia 21 tahun. Saya lihat orang di sekeliling semua sambung belajar, sedangkan saya tidak.

“Ketika itu saya sudah bekerja, tetapi jiwa saya masih pusing kerana tidak tahu hendak buat apa. Saya fikir apa yang akan terjadi lima tahun akan datang,” jelasnya.

Namun begitu, Tuju berasa bersyukur kerana ketika itu dia sentiasa mendapat sokongan daripada ibu bapa serta ahli kumpulan K-Clique yang lain sehingga berhasil menikmati kejayaan hari ini.

Official lirik video lagu Jiwa Pusing sudah boleh mula ditonton di YouTube sejak 19 Februari lalu. – KopiPlanet.com

The post Tuju Dedah Dirinya Pernah Kerja Cuci Kereta, Berhijrah Ke Kuala Lumpur Tanpa Pengetahuan Keluarga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.