Ads Top

Sissy Imann Jatuh Ketika Menunggang Kuda, Lapan Jam Masih Lagi Rasa Kesakitan

Penyanyi Sissy Iman memberitahu dia telah mengalami kemalangan apabila terjatuh ketika menunggang kuda semasa menjayakan sebuah program televisyen.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh penyanyi berkenaan dengan turut memuat naik ujian x-ray yang telah dilakukannya.

“Today was my first horseback riding experience. It was for a TV program. Honestly I was quite scared & nervous, I didn’t want to do it at first but the horse was kinda nice to me after a couple of rounds warming up in the horse ring.

“So macam, tak apa lah. Tapi Allah nak hapuskan dosa rasanya harini, masa trail ride on the way naik bukit.. the horse decided to make a Uturn and turun bukit with full speed. Memang literally rasa la kuasa kuda. Dalam hati memang berkali-kali ucap shahadah and I went on screaming because kuda toh turun bukit laju.. And akhirnya, Sissy pun terlambung jatuh ke sebelah kanan kuda bila dah sampai ke bawah, nasib tak dipijak kuda, cuma rasa la kaki kuda toh atas badan kita,” ujarnya.

Sissy berkata, selepas kejadian kemalangan itu dia telah mendapatkan rawatan di klinik dan menjalani x-ray.

Namun begitu, ujar penyanyi berkenaan dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang trek melainkan lebam dan calar.

“Dah pergi klinik xray so far Dr kata tak ada patah or retak, bones are all fine alhamdulillah cuma lebam & luka calar calar here and there sebab terhentak jatuh but I swear to God it is so painful.

“So doktor cucuk pain killer before buat xray tadi sebab Sissy memang tak boleh baring langsung & see in 8 hours Sissy masih sakit sangat atau tidak. Now I’m resting at home. Dah la jalan pun orang kena papah, nak baring pun ayooo sakit,” jelasnya.

Menurutnya, ia satu pengalaman yang telah membuatkan dirinya trauma dan kejadian berkenaan sering bermain-main difikirannnya.

“Sissy dengan rendah hati nak pohon doa everyone supaya Sissy dikurniakan kesembuhan the soonest,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Sissy Imann Jatuh Ketika Menunggang Kuda, Lapan Jam Masih Lagi Rasa Kesakitan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.