Ads Top

(Video) Padah Bergurau Baling Ulat Dekat Isteri Sehingga Terkena Tangan, Suami Gigih Pujuk Isteri Nangis Teresak-esak

Pasti ada di antara kita yang takut atau alami fobia dengan serangga seperti ulat, cicak, lipas dan lain-lain lagi terutama sekali kaum perempuan.

Alasan yang kerap dikatakan adalah serangga berkenaan mempunyai badan yang lembik, kotor sehingga ramai yang tidak berani untuk mendekat apatah lagi menyentuh.

Namun kisah wanita ini amat mencuit hati para penonton apabila dirinya menjadi tempat gurauan suaminya sendiri.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di laman Instagram milik Puan Hajar Hanif, dirinya mengakui dirinya sangat takut akan ulat namun dirinya tidak menyangka si suami sanggup melemparkan serangga berkenaan sehingga terkena pada tangannya.

Disebabkan perasaan geli terhadap serangga berkenaan, wanita itu mengaturkan langkah masuk ke dalam rumah sambil menangis teresak-esak. Dirinya turut mengatakan bahawa kali terakhir dirinya menangis teresak-esak seperti itu ketika dirinya masih tadika dulu.

Suaminya, Encik Mizi Saaq yang melihat isterinya itu pantas mengambil tindakan dengan memujuk sambil memeluk erat isterinya itu supaya memaafkan atas kesalahan yang telah dirinya lakukan.

Perkongsian tersebut meraih ribuan tontonan daripada para netizen dan segelintir netizen yang memberi komen atas tindakan suaminya yang memujuk dirinya.

Sumber: hajarhanif (Instagram), mizisaaq (instagram)

The post (Video) Padah Bergurau Baling Ulat Dekat Isteri Sehingga Terkena Tangan, Suami Gigih Pujuk Isteri Nangis Teresak-esak appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.