Ads Top

Setelah 12 Tahun Filem Syaitan Munafik Akhirnya Bakal Ditayangkan Kepada Penonton

Setelah 12 tahun tersimpan setelah selesai penggambaran pada tahun 2008, akhirnya filem seram Syaitan Munafik akhirnya bakal menemui penonton apabila akan ditayangkan saluran Astro First.

Penerbitnya, Datuk Mohd Rosdi Shair berkata, dia bersyukur kerana filem terbitannya, MRE Network Alliance (M) Sdn. Bhd. itu dapat ditayangkan setelah mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

“Ketika shooting dahulu, kami menggunakan kamera semi HD. Kemudian apabila penggambaran selesai dan nak transfer kepada HD, kami berdepan masalah kerana penggunaan peralatan HD di Malaysia masih baharu ketika itu.

“Harga pula memang mahal dan ia meningkatkan kos. Jadi, kami ambil keputusan untuk tangguh dahulu bagi proses post produksi. Kemudian semasa tersebut dibuat, timbul lagi masalah sehingga ia mengambil tempoh yang lama untuk disiapkan,” jelasnya tentang proses pembikinan filem berkenaan.

Syaitan Munafik mengisahkan cerita orang-orang tua di mana terjadi satu insiden dimana satu kumpulan pelajar dimana dua daripada mereka tiba dari Indonesia utk bergabung bersama tiga lagi pelajar tempatan.

Demi mengejar cita cita untuk membuat research tentang keujudan puteri bunian dan alam ghaib mereka telah menempuhi berbagai halangan serta rintangan dari awal perjalanan hingga lah tiba di kaki gunung tersebut.

Tanpa menghiraukan kejadian-kejadian aneh itu berlaku, kenderaan yang mereka naiki itu terus melunsur ke satu tempat yg lain seperti alam ghaib tanpa mereka sedari perubahan dua alam itu.

Filem arahan Majed Salleh itu menampilkan barisan pelakon seperti Allayharham Ashraf Sinclair, Dea Lestari, Tessa Mariska, Raja Farah, Ruminah Sidek, Yank Kasim, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Malah, lima orang pelakon dalam filem ini juga sudah meninggal dunia iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair, Maiden, Latif Borgiba, S. Samsudin dan Maidin.

Sementara itu, Rosdi memberitahu bahawa kos untuk pembikinan filem ini mencecah sebanyak RM1.691 juta.

“Biarpun filem ini tersimpan begitu lama, saya percaya cerita yang dipaparkan masih sesuai untuk tontonan.

“Apatah lagi filem bergenre seram seperti Syaitan Munafik ini antara genre yang cukup digemari oleh penonton,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Setelah 12 Tahun Filem Syaitan Munafik Akhirnya Bakal Ditayangkan Kepada Penonton appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.