Ads Top

Kes Covid-19 Sangat Tinggi, Nabil Mahir & Ayda Jebat Batal Majlis Resepsi Di Langkawi

Pengacara Nabil Mahir memaklumkan majlis resepsi yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu lalu terpaksa dibatalkan.

Menerusi perkongsian di Instagram, pembatalan tersebut dibuat memandangkan kes Covid-19 yang semakin tinggi.

“9.1.21 sepatutnya tarikh reception belah saya di Langkawi. Preparation bermula selepas pertunangan dan semuanya dah ready. Surprise untuk Mama pun ada.

“Tapi memandangkan case sangat tinggi, kami sekeluarga made the decision untuk cancel the occasion untuk keselamatan tetamu dan keluarga. Asal buat yang wajib, kita dah happy!” tulisnya.

Nabil dan Ayda telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu setelah bertunang pada 28 April 2020. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Nabil Mahir

The post Kes Covid-19 Sangat Tinggi, Nabil Mahir & Ayda Jebat Batal Majlis Resepsi Di Langkawi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.