Hanya Murid Yang Akan Menjalani Peperiksaan Utama Sahaja Akan Ke Sekolah Bagi Negeri-negeri Diisytihar PKP
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, memaklumkan bahawa bagi kawasan negeri PKP, hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja akan ke sekolah.
Menurutnya, persekolahan akan bermula pada 20 Januari ini.
“Untuk kawasan PKP, hanya murid yang akan menjalani peperiksaan iaitu SPM, SVM, SKM, STPM, STAM, DVM dan peperiksaan antarabangsa yang setara,” katanya.
Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjalani pembelajaran di rumah.
“Murid bagi sekolah menengah di kawasan PKP akan melaksanakan pembelajaran di rumah,” katanya.
Selain itu, murid-murid di sekolah rendah juga akan mengikuti pembelajaran dari rumah.
[LANGSUNG] Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan
Saksikan Sidang Media Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan
Posted by BERNAMA on Monday, January 11, 2021
Sumber: BERNAMA
The post Hanya Murid Yang Akan Menjalani Peperiksaan Utama Sahaja Akan Ke Sekolah Bagi Negeri-negeri Diisytihar PKP appeared first on Siakap Keli.
No comments: