Ads Top

Aktiviti Keagamaan Di Kawasan PKP Hanya Dibenarkan Dengan Kehadiran 5 Orang

Berikutan dengan pengumuman yang telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Bersasar akan dikuatkuasakan mulai 13 Januari 2021.

Ia disasarkan kepada 6 negeri yang telah disahkan sebagai zon merah, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

Justeru, untuk aktiviti keagamaan di enam buah negeri ini, hanya ahli jawatan kuasa masjid atau rumah ibadat sahaja yang dibenarkan hadir dengan jumlah maksimum sebagai 5 orang.

Manakala, bagi negeri yang dikenakan PKPP dan juga PKPB, aktiviti keagamaan dibenarkan dengan jumlah kehadiran jemaah berdasarkan SOP yang ditetapkan.

Perkara ini akan diberi perhatian oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing dengan mengambil kira situasi semasa.

Kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala, untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah bagi negeri Perlis dan Sarawak.

Sumber:
Perutusan Khas Perdana Menteri

The post Aktiviti Keagamaan Di Kawasan PKP Hanya Dibenarkan Dengan Kehadiran 5 Orang first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.