Ads Top

AJL 35 Berlangsung Di Dewan MBSA, Tiada Kehadiran Penonton

Membuka tirai 2021 dengan semangat baharu, pertandingan lagu berprestij negara, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) bakal kembali buat tahun yang ke-35 pada 7 Februari ini dengan persembahan 12 finalis.

Bersiaran langsung pada pukul 9 malam dari Auditorium MBSA, Shah Alam di TV3, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) serta barisan finalisnya yang mantap akan berlangsung tanpa penonton bagi menghormati tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, TV3 dan AJL35 secara khususnya mempunyai misi yang besar untuk memulakan tahun 2021 dengan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Dengan adanya 12 finalis ini, dapat mencetus semangat untuk memulakan tahun baharu dengan lebih positif.

“Kami berharap agar penonton dan penyokong setia AJL35 terus menyokong kami sehingga ke garis penamat,” ujarnya.

Dalam pada itu, seperti tahun-tahun sebelumnya, AJL 35 juga menyiarkan Debaran AJL 35, sebuah program khas berdurasi satu jam bersama Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang menyingkap setiap sudut persiapan AJL 35.

Debaran AJL 35 ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 5.30 petang – 6.30 petang, hari Sabtu, 6 Februari 2021 di TV3.  

Selain itu, antara pembaharuan yang bakal AJL 35 sajikan adalah Festival Muzik AJL yang akan bertemu penonton setiap Ahad bermula 10 Januari, 9.00 malam hingga 11.00 malam.

Festival Muzik AJL ini akan bersiaran selama empat minggu sehingga malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 35. Dihoskan oleh Awal Ashaari serta hos-hos jemputan seperti Charmaine Augustin, Rina Khan, Ally Iskandar dan Fara Fauzana.

Festival Muzik AJL ini akan mengimbau persembahan-persembahan ikonik Anugerah Juara Lagu sejak kemunculannya. 

Jangan lupa rasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 35 di kaca televisyen anda pada pukul 9 malam, 7 Februari 2021 serta strim live HD di tonton.com.my serta YouTube TV3 Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut AJL 35 di laman sesawang www.anugerahjuaralagu.com serta laman sosial media rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan Senang Terhibur. Ikuti juga trend semasa perbualan alam maya melalui #AJL35. – KopiPlanet.com

Senarai 12 Lagu Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL 35)

  1. Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah (Hael Husaini & Ezra Kong)
  2. 7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta (Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta)
  3. Hati – Hael Husaini (Hael Husaini & Ezra Kong)
  4. Semalam – Aina Abdul (Aina Abdul)
  5. Peluang Kedua – Nabila Razali (Hael Husaini & MFMF)
  6. Hutang – Floor 88 (Zai Hamzah & Achoi Floor 88)
  7. Kau Sakiti – Amir Masdi (Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage
  8. Gundah – Ernie Zakri (Sharon Paul & Ernie Zakri)
  9. Gila – Kaka Azraaf, Noki & Tuju (Noki, Loca B, Ezra Kong)
  10. Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter (Dark)
  11. Eh – Zizi Kirana (Navigator & Zizi Kirana)
  12. Aku Bidadari Syurga – Aishah (Ippo Hafiz & Siti Rosmizah)

The post AJL 35 Berlangsung Di Dewan MBSA, Tiada Kehadiran Penonton appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.