Ads Top

Single Baharu Cik B Tolonglah Jadi Trending No 1 Di YouTube, Tewaskan Siti Nurhaliza

Biarpun baru sahaja melancarkan single baharu berjudul Tolonglah, Cik B telah mencipta kejutan yang tersendiri.

Sejak video muzik lagu berkenaan dimuat naik di YouTube pada 1 Disember lalu, ia telah ditonton sebanyak 686,000 sehingga menjadi trending no 1.

Menariknya, lagu berkenaan menewaskan sebuah lagi lagu iaitu Kuasa Cintamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sudah ditonton sebanyak 417,000 dan kedua-dua lagu berkenaan dilancarkan pada hari yang sama.

Dalam pada itu, rata-rata yang mendengar lagu Tolonglah itu turut memberi pujian kepada Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu.

Malah, ramai juga yang beranggapan anak kepada Datuk Seri Vida itu sangat berbakat dalam bidang nyanyian.

Lebih menarik lagi, lagu Tolonglah itu juga merupakan lagu hasil ciptaan sepenuhnya Cik B dan DSV. – KopiPlanet.com

The post Single Baharu Cik B Tolonglah Jadi Trending No 1 Di YouTube, Tewaskan Siti Nurhaliza appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.