Ads Top

Ellen Page Mengaku Seorang Transgender, Umum Namanya Kini Elliot

Pelakon yang dikenali menerusi siri The Umbrella Academy, Ellen Page mengejutkan peminatnya apabila mengakui dirinya seorang transgender dan kini sudah menukar namanya kepada Elliot.

Sebelum ini, pelakon berkenaan pernah membuat kenyataan bahawa dia sememangnya seorang yang suka dengan kaum sejenis ketika hadir ke sebuah acara beberapa tahun lalu.

“Hai rakan-rakan, saya mahu katakan kepada anda semua kalau saya adalah seorang transgender, anda boleh panggil saya he/they dan nama saya adalah Elliot.

“Saya berasa sangat bertuah kerana boleh menuliskan perkara ini. Saya ucapkan terima kasih atas sokongan tidak terhingga buat mereka yang menyokong proses dan perjalanan ini,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.

Menurutnya, dia bersyukurk kerana dapat menemukan jati dirinya serta mengungkapkan terima kasih kepada yang menyokong sehingga dia menjadi dirinya sekarang ini.

“Saya bingung untuk mengungkapkan bahawa betapa luar biasanya ketika mengungkapkan diri saya yang sebenarnya.

“Malah, saya sangat terinspirasi dengan kebanyakan komunitas transgender. Terima kasih atas keberanian, kemurahan hati dan sentiasa berusaha untuk membuat dunia ini menjadi tempat yang lebih inklusif dan penuh kasih sayang,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Ellen Page Mengaku Seorang Transgender, Umum Namanya Kini Elliot appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.