Ads Top

#73 – Tips Untuk Merawat Penyakit Was-Was

Masalah was-was atau ragu-ragu adalah perkara yang tidak boleh dipadang ringan kerana bimbang jika ia boleh mengganggu kekhusyukan ibadah.

Menurut ulama, was-was itu datangnya dari syaitan yang sentiasa menggoda manusia dengan membisikkan perkara yang boleh mengganggu ibadah kita.

Sebagaimana dalam beberapa hadis sahih yang dinukilkan juga, antaranya daripada Ibn Abbas RA, Baginda SAW bersabda:

Maksud: “Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.” (Kitab Fath al-Bari oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani, 8/614)

Jadi, bagaimana cara untuk menghindari diri dari rasa was-was agar ibadah kita tidak terganggu?

#1 – Berdoa dan meminta pertolongan dari Allah

Mafhum: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): “Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.” (Surah Al-Baqarah, 2:186)

#2 – Berteman dan meminta tips dari rakan-rakan yang baik

Ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Baginda SAW bersabda – “Seseorang mengikut agama teman karibnya. Maka, hendaklah kalian melihat siapakah yang menjadi teman karibnya.” (HR Abu Daud, no. 4835)

#3 – Mendalami ilmu agama

#4 – Istighfar setiap kali bisikan dan godaan syaitan itu muncul

#5 – Istiqamah dengan amalan yang kecil dan sederhana

#6 – Sentiasa perbaharui wuduk

Peyakit was-was ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menyebabkan ibadah kita kepada Allah tidak mampu dihayati dengan baik.

The post #73 - Tips Untuk Merawat Penyakit Was-Was first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.