Ads Top

“Lebih Baik Orang Judge Saya Lupa Lirik Daripada Nyanyi Sumbang” – Nomad

Rezeki penyanyi Nomad dalam saingan Gegar Vaganza 7 (GV7) telah berakhir pada Ahad lalu apabila tersingkir pada minggu kelima apabila mendapat markah terendah.

Selain persembahan yang kurang memuaskan, ternyata mereka yang menyaksikan konsert berkenaan pasti menyangka Nomad terlupa lirik ketika mempersembahkan lagu Kasih Latifah.

Berkesempatan bertemu Nomad, penyanyi berkenaan menafikan dia telah terlupa lirik, sebaliknya dia cuba mencari key setelah berhadapan dengan masalah earpeace.

“Tidak dinafikan agak sukar untuk menyanyikan lagu Kasih Latifah. Sebenarnya saya tidak lupa lirik, saya diam disebabkan nak cari balik key. Itu pandangan orang dan pandangan saya adalah apa yang terjadi ketika itu.

“Bagi saya kalau nak teruskan dengan lirik yang sumbang tu, lebih baik orang judge saya lupa lirik daripada nyanyi sumbang. Saya dah cuba buka (earpeace), namun ketika di pertengan lagu barulah saya dapat key itu semula,” jelasnya.

Menurut Nomad, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak terhadap situasi yang berlaku dan meletakkan sepenuh kesalahan ke atas dirinya sendiri.

Dalam pada itu, mengenai perancangannya selepas GV7, Nomad memberitahu dia bakal keluar dengan sebuah single baharu tidak lama lagi.

“Ketika ini saya sedang dalam proses untuk menyiapkan muzik video single baharu tersebut dan akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

“Sebenarnya, perancangan untuk single baharu ini telah dilakukan beraam Indigital Music sebelum saya menyertai GV7,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Lebih Baik Orang Judge Saya Lupa Lirik Daripada Nyanyi Sumbang” – Nomad appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.