Hartamas Shopping Centre Anjur Damas Ramadan Market, Jadi Destinasi Pilihan Pengalaman Ramadan Luar Biasa
Buat julung kalinya Hartamas Shopping Centre telah menganjurkan Bazaar Ramadan yang dikenali sebagai Damas Ramadan Market.
Bertempat di Aras 2, Hartamas Shopping Centre, Sri Hartamas Kuala Lumpur mulai dari tarikh 2 Mac hingga 31 Mac 2025.
Penganjur utama acara ini, MVES Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk menganjurkan Bazaar Ramadan dengan tujuan menyediakan ruang untuk orang ramai menikmati tradisi budaya dan merayakan suasana Ramadan bersama keluarga, sahabat dan komuniti.
Acara ini akan menawarkan lebih daripada 30 peniaga tempatan, yang menyediakan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa, kuih-muih tradisional, hamper raya eksklusif dan banyak lagi.
Damas Ramadan Market bukan sahaja menawarkan pengalaman berbuka puasa yang unik, tetapi juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati kehangatan dan keharmonian bulan Ramadan dalam suasana yang penuh dengan kegembiraan.
Antara tarikan utama Damas Ramadan Market ini termasuk:
Pelbagai pilihan juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa
Kawasan berbuka puasa disediakan
Sesi Moreh selepas Solat Terawikh turut ditawarkan sehingga jam 12.00 tengah malam
Acara berbuka dan solat terawikh bersama anak yatim & anak tahfiz
Pihak penganjur berharap acara ini akan memberi impak positif kepada komuniti setempat dan meningkatkan lagi semangat kemasyarakatan di kalangan penduduk.
Penyertaan orang ramai amat dialu-alukan supaya Damas Ramadan Market menjadi destinasi pilihan untuk pengalaman Ramadan yang luar biasa.

Waktu Operasi:
1 Mac 2025 hingga 30 Mac 2025
Dari 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam
Tempat Letak Kereta Terbuka, Tingkat 2, Hartamas Shopping Centre, Sri Hartamas
Masuk: Percuma untuk semua pengunjung
Tempat Letak Kereta: Tempat letak kereta berbayar di lokasi
Sertai Kami untuk Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan!
Damas Ramadan Market adalah acara yang akan dilaksanakan setiap tahun untuk komuniti di sekitar kawasan Sri Hartamas, Mont Kiara, Bukit Damansara, Dutamas dan kawasan yang berhampiran untuk membeli juadah berbuka puasa sambal menikmati kemeriahan perayaan dalam suasana yang mesra.
Pihak penganjur menjemput orang ramai meraikan suasana berbuka puasa dan moreh bersama keluarga dan sahabat handai dengan keunikan yang terdapat di Damas Ramadan Market. – KopiPlanet.com
The post Hartamas Shopping Centre Anjur Damas Ramadan Market, Jadi Destinasi Pilihan Pengalaman Ramadan Luar Biasa appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: