Ads Top

Mahukan Watak Wanita Dominan, Siti Saleha Setuju Mainkan Peranan Sebagai Chempaka Humairah

Sudah lama tidak beraksi di kaca televisyen, Siti Saleha kini memberikan tekanan ‘emosi’ dan menaikkan darah  penonton dalam balutan karakter Chempaka Humairah. 

Muncul dalam sebuah lagi karya hebat Siti Rosmizah, Chempaka Humairah yang dibawakan melalui drama berjudul Dia Imamku memberikan satu sisi ‘merah’ yang akan membuatkan para penonton setia drama mengecam perangai dan kebiadapan Chempaka. 

Namun inilah yang menyebabkan Siti Saleha memilih untuk menerima tawaran yang diberikan kepadanya. 

Sudah disiarkan di Astro Ria mulai 17 Februari lalu, Siti Saleha sekali lagi digandingkan dengan Kamal Adli untuk sebuah buah tangan menarik khusus buat bulan Ramadan. 

“Saya bersyukur mendapat tawaran dari Kak Siti Rosmizah selepas karya yang terdahulu. Buat saya, citarasa dan pemilihan watak sangat penting dan saya kalau boleh mahu memainkan watak wanita yang dominan,” ujar wanita berusia 34 tahun ini. 

“Saya tidak mahu mainkan watak wanita dipukul dan lemah. Jadi bila dapat tawaran utk watak Chempaka, saya tahu novel ini ada pengikutnya dan jalan cerita sangat kuat sebab  ia merupakan karya Kak Siti Rosmizah. Saya percayakan karyanya,” tambahnya. 

Tahu yang Chempaka Humairah akan bakal dikecam, Saleha berharap kecaman itu ditujukan pada karakter yang dibawakan  dan bukan dirinya. 

“Ada sebab kenapa Chempaka Humairah jadi begitu biadap dan kurang ajar. Dan saya mengambil ini sebagai salah satu cabaran buat diri saya. Dia berkelakuan begitu kerana sebab-sebab tertentu. Tema pengorbanan, cinta dan keluarga membuatkan saya menerima tawaran drama ini selain sudah lama tidak muncul di kaca tv. Saya juga gembira mendapat tawaran untuk bekerjasama sekali lagi dengan Kamal Adli,”  ujar Saleha.

Saleha juga turut mengungkap bahawa dia mempunyai ‘chemistry’ yang baik dengan Haneesya Hanee yang membawakan watak Dahlia.

“Watak Dahlia yang dibawakan oleh Haneesya memang lucu dan saya sentiasa ternanti-nantikan adegan pergaduhan kami. Kadang kala saya terbawa-bawa hingga ke luar sebab saya dan Haneesya ada chemistry,” ujarya.

Menyeru penonton untuk menggali pelbagai pengajaran dalam drama ini, lapisan emosi dan perasaan yang dibawakan dalam Chempaka Humairah akan membawa kepada penyebab kenapa dia menjadi seorang pendendam sehingga begitu. 

“Banyak pengajaran yang saya sendiri dapati dari drama ini.  Salah satunya kenapa Chempaka Humairah menjadi seorang yang cukup pendendam. Saya belajar, apa pun yang kita lakukan, jika Allah sudah beri pentunjuk kepada jalan yang betul, maka jangan keras kepala dan melawan cakap ibu bapa. Kerana keluarga serta ibu bapa adalah kunci kebahagiaan kita. Jangan tunjuk angkuh dan sombong kerana pada akhirnya ia tidak berbaloi,” luahnya setelah meneliti watak Chempaka. – KopiPlanet.com

The post Mahukan Watak Wanita Dominan, Siti Saleha Setuju Mainkan Peranan Sebagai Chempaka Humairah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.