Ads Top

Lagu Raya GenZ Kini Jadi Trending, Jadi Muzik Latar Pengguna Media Sosial Di TikTok

Seperti tahun-tahun sebelum ini, masyarakat Malaysia sering disajikan dengan lagu raya yang pastinya menjadi topik perbualan antara netizen. Aidilfitri tahun 2025 bakal dimeriahkan lagi dengan satu lagi kemunculan lagu raya yang bakal mendominasi platform digital.

Bertempat di GeTai @ A Quiet Place, Loudspeaker KTV, Bukit Bintang, baru-baru ini, lagu raya bertajuk “Raya GenZ” telah dilancarkan secara rasminya.

Gabungan suara Alyssa Dezek, Ara Aziz, Cik B, dan Qadejah, lagu ini membawa nafas baru dengan lirik yang penuh dengan keceriaan menerusi genre pop. Melodi lagu ini juga sangat mudah diingati memberi lebih tarikan kepada pendengar.

Lebih menarik lagi, sebelum lagu ini dilancarkan secara rasmi, ia sudah mula “trending” dan menjadi muzik latar yang sering digunakan oleh ramai pengguna di media sosial terutamanya di TikTok.

“Kami tidak menyangka bahawa lagu ini akan mendapat perhatian yang begitu hebat di media sosial. Bagi kami, yang paling penting adalah lagu ini diterima dengan baik oleh pendengar, dan dapat memberikan keceriaan kepada mereka. Itu sudah cukup menggembirakan kami,” ujar mereka, penuh bersyukur dengan pencapaian awal lagu tersebut.

Kini, empat remaja Gen Z tersebut menjadi sebutan netizen dan “trending” di media sosial tambahan mereka adalah merupakan anak-anak daripada figura terkenal di Malaysia seperti usahawan Dato’ Sri Aliff Syukri, Dato’ Seri Vida dan pengarah terkenal Aziz M Osman.

Istimewanya lagi, muzik video lagu “Raya GenZ” ini dirakamkan berlatarbelakangkan pemandangan di Istanbul, Turki. Muzik video lagu “Raya Gen-Z” sudah boleh ditonton secara rasmi dan eksklusif di saluran YouTube ‘Mask Team’ bermula 28 Februari lalu.

Muzik video lagu ini juga akan tersedia di ke semua pusat karaoke di seluruh Malaysia dan boleh didengari di semua platform digital muzik dan media sosial. – KopiPlanet.com

The post Lagu Raya GenZ Kini Jadi Trending, Jadi Muzik Latar Pengguna Media Sosial Di TikTok appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.