Ads Top

#68 – Bagaimana Menjaga Diri & Ahli Keluarga Daripada Kemudaratan

Tugas mendidik anak-anak jatuh kepada ibu bapa. Mereka adalah insan pertama yang bertanggungjawab ke atas anugerah yang Allah berikan itu.

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan bersih dan kosong. Maka, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya dengan warna apa yang disukai.

Namun, istilah yang paling tepat ialah bukan dengan warna apa yang disukai, tetapi dengan corak bagaimana yang sesuai pada keadaan semasa.

Generasi hari ini berada dalam dunia yang sangat canggih dan boleh membantu memudahkan semua urusan. Namun, kecanggihan itu perlu dikawal terutamanya terhadap anak-anak yang baru ingin mengenal dunia.

Hal ini disebabkan ia adalah salah satu cara untuk memelihara diri dan ahli keluarga daripada perkara-perkara yang tidak memberi manfaat.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala).” (Surah At-Tahrim, 66:6)

Bagaimana cara untuk menjaga ahli keluarga anda daripada perkara yang tidak diingini sama ada di dunia mahupun di akhirat?

#1 – Memberi didikan agama dengan sepenuhnya

#2 – Sama-sama tunjuk contoh teladan yang baik

#3 – Tidak melupakan adat yang baik yang boleh diamalkan

#4 – Didikan terhadap anak lelaki dan perempuan tidak boleh berat sebelah kerana masing-masing ada perkara yang perlu dipelajari

#5 – Wujudkan aktiviti rutin bersama yang boleh dilakukan seperti makan bersama

#6 – Ibu bapa perlu sama-sama belajar ke arah yang lebih baik dan sedar jika berlaku kesilapan, maka ia perlu diperbaiki

#7 – Jangan segan untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan terhadap anak-anak kerana ia boleh memberi teladan yang baik buat mereka

Ibnu Abbas berkata – “Taatlah kepada Allah, jauhilah perbuatan maksiat dan perintahkanlah keluargamu untuk selalu zikir (ingat kepada Allah), maka Allah akan menyelamatkanmu dari api neraka.”

Jadi, bagaimana cara anda mendidik ahli keluarga untuk sama-sama menjaga diri dari kemudaratan?

The post #68 - Bagaimana Menjaga Diri & Ahli Keluarga Daripada Kemudaratan first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.