Ads Top

“Sekali Sekala Kena Maki Balik Haters Ni… Gua Dah Lama Diam” – Cliff Umar

Salah seorang peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) iaitu Cliff Umar berang dengan tindakan segelintir haters yang mengutuk dirinya serta rakan-rakan artis lain yang turut bersaing.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Cliff meluahkan bahawa dia sudah lama berdiam diri dengan tindakan haters berkenaan

“Sekali sekala kena maki balik Haters ni… Gua dah lama diam… Dorang kutuk my Kak Ani, dorang kutuk my Abang Yantzen.. and dorang dok kutuk all my brothers and sisters yg tiap tiap minggu bertungkus-lumus buat persembahan utk korang punye entertainment…

“Gua dengan dorang tiap-tiap minggu and gua nampak sendiri how hardworking everyone is… gua diam je dari first haritu… Ni dia berani pulak maki gua kat page personal gua yg mmg gua handle sorg, fuhhhhhhhhh, meme mintok le!! Nasib baik fake account…Abang2 dan adik2 Gua semua takleh dok diam dah…” luahnya.

Menurut Cliff, dia juga menghargai sikap peminat-peminatnya yang berusaha mencari haters yang dimaksudkan.

“Semua tengah cari hanat tu… I’m sure inbox dia dah penuh… Padan muka… Kecam lagi budak jahat MCM gua… Gua rockers bro, Gua rileks.. tapi lu jawablah Ngan Peminat Peminat Gua yang awesome…

“I love you all so much lah. Tak sangka back up gua begini dasyat…. I’m so thankful… I honestly do love all of you,” ujarnya.

The post “Sekali Sekala Kena Maki Balik Haters Ni… Gua Dah Lama Diam” – Cliff Umar appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.