Ads Top

Azwan Ali Mengalirkan Air Mata Mengenang Persahabatan Bersama Ziana Zain

Pengacara sensasi Azwan Ali sempat mengalirkan air matanya ketika bersiaran secara langsung dalam program Lagu Cinta Kita 2 (LCK) malam tadi.

Peristiwa berkenaan berlaku sewaktu pengacara Elly Mazlein meminta Azwan untuk memberikan kata-kata semangat kepada Ziana Zain yang turut muncul dalam rancangan berkenaan.

“Ziana saya kenal lama… saya cuma harap jangan judge kita… Allah adalah tuhan kita… jadi saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan yang begitu lama saya kenal. Saya minta maaf kepada Pak Zain..Cik Robiah, lama saya tak jumpa…

“Kita harap mesej persahabatan ini akan dapat dirasai berbilion-bilion… kepada new generation ingat… bahawa kita tidak akan jumpa kawan yang boleh together…,” ujarnya apabila mengenang hubungannya bersama penyanyi berkenaan.

Pada sekitar tahun 90-an dahulu, kedua-duanya pernah digosipkan bercinta, namun Azwan dikatakan hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

Dalam pada itu, Ziana yang turut mengalirkan air mata pula menyatakan meskipun mereka berdua sudah bertahun-tahun tidak berjumpa, namun hubungan kedua-duanya masih baik.

“Orang tak kenal dengan Dik Non (Azwan), orang tak kenal… walau orang gosip saya dengan Dik Non macam-macam, tapi relationship saya dengan dia, kita sahabat walapun bertahun saya tak jumpa dia..

“Saya always call bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza,” ungkapnya. – KopiPlanet.com

The post Azwan Ali Mengalirkan Air Mata Mengenang Persahabatan Bersama Ziana Zain appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.