TERKINI COVID-19: Hari Kedua Catat Kes Tertinggi, 317 Kes Baru Hari Ini & Semua Penularan Tempatan
Putrajaya, 3 Oktober – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan terdapat 317 kes baru COVID-19 hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kes melibatkan penularan tempatan.
“Sehingga 3 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 317 kes baharu yang telah dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,088 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,735 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara melibatkan 303 warganegara dan 14 bukan warganegara
Dari angka itu, 37 kes merupakan pengunjung dari Sabah, menjadikan jumlah kes melibatkan sejarah perjalanan dari Sabah sejak 20 September adalah 176 kes.
#COVID19: Malaysia memasuki hari kedua catat kes baharu tertinggi dalam negara dengan 317 kes dilaporkan hari ini – KP Kesihatan @DGHisham pic.twitter.com/g6ZnO41BLZ
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 3, 2020
Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, October 3, 2020
Sumber: KKM
The post TERKINI COVID-19: Hari Kedua Catat Kes Tertinggi, 317 Kes Baru Hari Ini & Semua Penularan Tempatan appeared first on Siakap Keli.
No comments: