Fazura Selamat Bersalin Cahaya Mata Perempuan, Rahsiakan Nama & Wajah Selama Tujuh Hari
Pelakon popular Fazura telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada hari ini.
Perkara tersebut dikongsikan oleh suaminya, pelakon Fattah Amin menerusi laman sosial Instagram miliknya.
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.
“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga,” kongsi Fattah.

Dalam pada itu, pelakon itu juga memohon untuk merahsiakan nama dan wajah cahaya mata mereka kerana mahu mengikut sunnah.
“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga,” jelasnya.
Sebelum ini, pasangan tersebut merahsiakan jantina anak mereka dan hanya akan diumumkan selepas bersalin.
Fattah dan Fazura telah berkahwin pada 27 November 2017 – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Fazura
The post Fazura Selamat Bersalin Cahaya Mata Perempuan, Rahsiakan Nama & Wajah Selama Tujuh Hari appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: