Ads Top

(Video) Kelakar, Abang Food Panda Bawa Geng Nak Hantar Makanan, Sekali Selisih Anjing Punya Geng Lagi Banyak

Tugas sebagai penghantar makanan mempunyai cabaran sendiri. Kes dikejar anjing di kawasan kejiranan ketika melakukan penghantaran bukanlah perkara asing lagi. Malah, ada juga yang menganggap adegan itu sebagai suatu yang lucu bila dikenang semula.

Seorang penghantar makanan, saudara Ajib Nazri berkongsi video dia bersama rakan-rakannya yang dikejar sekumpulan anjing ketika melakukan penghantaran.

“Nak hantar satu pesanan je bawa geng, sekali anjing punya geng lagi banyak,” tulisnya.

Katanya, kawasan itu sememangnya merupakan lokasi berkumpul anjing liar. Dalam kejadian itu, kira-kira tujuh ekor anjing liar telah mengejar mereka dan kejadian itu sempat dirakam salah seorang daripada mereka.

Berdasarkan video yang tular, kelihatan beberapa ekor anjing mula muncul sebaik sahaja ‘konvoi’ penghantar makanan mendekati kawasan itu.

Dipercayai berniat untuk meneruskan perjalanan pada awalnya, rider yang pertama kemudiannya berpatah balik sebelum mereka dikejar gerombolan haiwan tersebut.

nak hantar satu oder je tapi kene bawak geng sekali Anjing punya geng lagi banyak

Posted by Ajib Nazri on Thursday, 13 August 2020

Sumber: Ajib Nazri

The post (Video) Kelakar, Abang Food Panda Bawa Geng Nak Hantar Makanan, Sekali Selisih Anjing Punya Geng Lagi Banyak appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.