Ads Top

Lea Michele Selamat Bergelar Ibu, Namakan Anak Lelaki ‘Ever’

Pelakon siri Glee, Lea Michele dan suami, Zandy Reich dilaporkan selamat menimang cahaya mata lelaki pada 20 Ogos lalu.

Pasangan itu telah memberikan nama Ever kepada bayi sulung mereka memetik portal E! News.

“Lea banyak menerima ucapan tahniah daripada ahli keluarga serta rakan-rakan baiknya. Lea, Zandy dan Ever kini dalam keadaan baik,” kata sumber terdekat pasangan tersebut.

Lea dan Zandy yang merupakan seorang ahli perniagaan mendirikan rumah tangga pada 9 Mac tahun lalu.

Lea yang terkenal dengan watak Rachel Berry menerusi drama Glee sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon utama siri tersebut, mendiang Cory Monteith.

Cory meninggal dunia pada 13 Julai 2013 akibat pengambilan dadah dan alkohol secara berlebihan. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.