Ads Top

Impian Selena Gomez Tercapai Apabila Dapat Berduet Dengan Blackpink

Bukan sahaja artis K-pop mendambakan untuk bekerjasama dengan Blackpink malah penyanyi antarabangsa turut tidak terkecuali menyimpan impian seperti itu.

Terbaharu, Selena Gomez menyatakan keterujaannya apabila impiannya untuk berduet dengan kumpulan itu berjaya direalisasikan.

Lagu kolaborasi Blackpink bersama Selena yang berjudul Ice-Cream akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat ini.

“Saya sangat teruja, saya merupakan peminat Blackpink. Peluang bekerjasama ini merupakan satu impian besar saya yang dah tercapai,” kata Selena.

Blackpink yang dianggotai Jennie, Rose, Lisa dan Jisoo berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila mempunyai peminat dari seluruh dunia termasuk berjaya menawan industri muzik Amerika yang sebelum ini jarang dapat ditembusi penyanyi dari negara Asia lain.

Kejayaan tersebut turut dikongsi bersama kumpulan BTS yang turut sama mengecapi kemasyhuran seperti Blackpink. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.