Ads Top

Orang Islam Boleh Ziarah Kubur Non-Muslim

Kehidupan harmoni dan berbilang kaum di Malaysia adalah perkara yang boleh dibanggakan sebagai rakyat negara ini. Sungguhpun berlainan agama dan budaya, kita tidak ada masalah untuk saling berkawan malah tidak pelik jika dilihat ada juga perkahwinan silang bangsa dan budaya dilakukan.

Selain daripada kewajipan menghormati, mewujudkan hubungan baik dengan orang bukan Islam selagi mereka juga berakhlak baik dan tidak memusuhi umat Islam, antara penghormatan yang boleh diberikan juga adalah dengan menziarahi majlis pengebumian dan kuburan orang bukan Islam.

Ya, usah terkejut. Islam membenarkan amalan ini lebih-lebih lagi jika mereka adalah orang yang akrab dengan kita atau mempunyai pertalian darah contohnya datuk dan nenek yang tidak memeluk Islam.

Bahkan Rasulullah SAW sendiri pada zaman baginda, pernah menyuruh Saidina Ali bin Abi Talib agar pergi menguruskan jenazah Abu Talib apabila beliau meninggal dunia.

Baginda SAW bersabda:

«اذْهَبْ فَوَارِهِ. قَالَ: إِنَّهُ مَاتَ مُشْرِكًا. قَالَ: «اذْهَبْ فَوَارِهِ». فَلَمَّا وَارَيْتُهُ رَجَعْتُ إِلَيْهِ، فَقَالَ لِي: «اغْتَسِلْ


Maksudnya: “Pergilah dan kebumikannya” Aku berkata: “Sesungguhnya dia mati dalam keadaan musyrik.” Nabi berkata: “Pergilah dan kebumikannya” Setelahmana aku mengebumikannya, aku kembali kepada Baginda. Maka Baginda berkata kepadaku, “Mandilah.” (Riwayat al-Nasa’ie, no. 190; Ahmad, no. 759)

Dalam satu kisah lain, Rasulullah SAW pernah memberikan jubahnya untuk dijadikan kain kafan bagi Abdullah bin Ubay bin Sahlul. Jika menguruskan jenazah bukan Islam dibolehkan, apatah lagi dalam perihal menziarahi kubur.

Tuntasnya, seorang Islam boleh mengadiri majlis pengebumian orang bukan Islam, serta boleh juga menziarahi perkuburan mereka. Itulah pernghormatan terakhir yang boleh diberikan atas keakraban dan tali perhubungan yang telah dibina semasa di dunia.

Rujukan:

  1. Mufti Wilayah Persekutuan



No comments:

Powered by Blogger.