Ads Top

Buat Tiga Kali Setahun, Hanya Guna 3 Bahan Je Untuk Elak Sinki Tersumbat

Mesti stress kalau nak buat kerja lain tapi jadi lambat sebab sinki tersumbat. Tambah-tambah lagi bila air sisa keluar dari celah-celah paip bawah terpaksalah tadah dengan baldi dan buang. Nak panggil orang paip nanti mahal pula casnya.

Jadi, hari ini SK berbesar hati ingin berkongsi satu tips dan cara yang mudah dan murah kepada korang semua tentang perkongsian daripada Norliza Zakaria di laman Facebooknya. Dengan hanya Rm 6.40, dapat berjimat beratus wang semata-mata sinki tersumbat.

Tidak dinafikan bahawa, sisa lebihan makanan dan kuah akan berkumpul pada satu tempat dan menyebabkan saluran paip tersumbat. Air di sinki akan tertakung dan membusuk. Jadi, ini cara dan tips mudah untuk dijadikan sebagai rujukan semua.

“Apalah sangat kalau kita just labur RM6.40 untuk 4 bulan.”

Hanya rutin 3 kali setahun je. Setiap 4 bulan mesti akan cuci sinki untuk elakkan dari tersumbat… sebenarnya lebih kepada berjaga-jaga..tak perlu tunggu sumbat baru nak buat… Modalnya hanya RM6.40.

Apalah sangat kalau kita just labur RM6.40 untuk 4 bulan. Purata kos lebih kurang RM1.60 sebulan. Kenapa mesti 4 bulan…haha! saja jer la..terpulang la pada individu..nak buat 6 bulan sekali pon tak pe, rumah ko kan.

Ni mak buatkan step by step caner nak buat…tepek sini…just untuk rujukan sendiri sebab setiap kali nak buat mak mesti nak kena Google.

1. Ni la bahan yang diperlukan.

  1. Cuka RM3.50
  2. Soda bikarbonat RM2.90
  3. Air panas yang baru mendidih

2. Tabur jer soda bikarbonat kat lubang air sinki tu. Letak je banyak-banyak tak ape.

3. Biar seketika

4.  Curahkan cuka.

Masa ni jaga-jaga, berasap. Tindak balas soda dengan cuka tu…pastu biar je dalam 10 minit gitew.

Best tengok time ni. Tengok tu, kalau ko letak banyak soda tu lagi kebabom asap tu!

Best tgk time ni…hihi Tengok tu…kalo ko letak byk soda tu lagi kebabom asap tu!

Posted by Norliza Zakaria on Tuesday, July 31, 2018

6. Curahkan air panas yang baru mendidih.

7. Tengok laju je air lalu ni kan, ok la…selamat mencuba…teruskan jadi rutin kalau tak nak susah kemudian hari..

7. ok…tgk laju je air lalu ni kan…ok la…selamat mencuba…teruskan jadi rutin kalau tak nak susah kemudian hari…šŸ˜šŸ˜

Posted by Norliza Zakaria on Tuesday, July 31, 2018

 

Sumber: Norliza Zakaria

The post Buat Tiga Kali Setahun, Hanya Guna 3 Bahan Je Untuk Elak Sinki Tersumbat appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.