Ads Top

Bidadari Kiriman Tuhan Cabar Mira Filzah Berlakon Watak Lembam

Drama terbaharu slot Megadrama di Astro Ria, Bidadari Kiriman Tuhan menyaksikan kebolehan Mira melakonkan watak kembar seiras, Manis dan Manja.Menariknya, antara cabaran yang dilalui oleh Mira apabila dia perlu menjayakan watak seorang gadis lembam menerusi karakter Manja.

Mula bersiaran sejak semalam, drama 25 episod arahan Rashid Sibir ini turut menampilkan aktor Zul Ariffin selaku teraju utama.

Menurut Rashid, drama ini cuba lari daripada kebiasaan apabila mengadaptasi gerak kamera berlainan dan memperbanyakkan ‘wide shots’.

“Saya gembira diberikan kepercayaan oleh Astro untuk menghasilkan karya ini, lebih-lebih lagi untuk slot Megadrama. Terus terang saya berasa sangat gemuruh apabila memikirkan reaksi penonton apabila drama ini ditayangkan nanti.

“Saya juga ingin berterima kasih dengan kru-kru dan artis-artis yang sangat profesional yang arif dengan kerja masing-masing. Saya juga berasa amat bangga dan merasakan suatu penghormatan yang besar apabila diberi peluang untuk bekerja dengan veteran-veteran seperti Fauziah Nawi dan juga Mak Mah,” katanya.

Selain Mira dan Zul, drama ini turut dibintangi Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Ruminah Sidek dan Fauziah Nawi. Drama ini ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Bidadari Kiriman Tuhan mengisahkan tentang perjalanan hidup Manis (lakonan Mira Filzah), seorang guru tadika yang berusia 25 tahun dan kembar seirasnya, Manja (lakonan Mira Filzah) yang agak lembam.

Manis dan Manja hidup bersama mak (lakonan Zarina Zainuddin) dan nenek (lakonan Mak Mah) mereka yang sakit. Pelbagai dugaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh Manis, namun dia tidak pernah mengeluh.

Sehinggalah Manis jatuh hati pada seorang guru sekolah rendah bernama Yusuf (lakonan Zul Ariffin), hubungan adik beradik itu mula tergugat. – KopiPlanet.com

The post Bidadari Kiriman Tuhan Cabar Mira Filzah Berlakon Watak Lembam appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.