TERKINI: 8 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Termasuk 5 Kes Jangkitan Tempatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 5 kes telah pulih dan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,617 bersamaan dengan 96.1% daripada jumlah keseluruhan kes.
Sehingga 30 Julai 2020 jam 12 tengahari, terdapat sebanyak 8 kes baharu yang dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8, 964 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan telah meningkat sebanyak 223 kes dan mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan di hospital.
Terkini #covid19malaysia, 30 Julai
Kes sembuh= 5
Jumlah kes sembuh= 8,617
Kes positif= 8
(kes import=3, kes tempatan=5)
Jumlah positif= 8,964
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 124
Kes dirawat di ICU= 3
Bantuan Alat Pernafasan= 1 pic.twitter.com/uy1SVhBmZw— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 30, 2020
“Ingin dimaklumkan, daripada 8 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 3 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu melibatkan dua warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara. 3 kes import tersebut adalah dari negara Kazakhtan, Filipina dan satu kes Pendatang Tanpa Izin. Kesemua 5 kes penularan dalam negara adalah melibatkan warganegara Malaysia,” katanya.
Terkini. Ada 8 kes baharu #COVID19 hari ini termasuk 5 kes jangkitan tempatan. Tiada kematian baharu dan tiada kluster baharu.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 30, 2020
Adalah dimaklumkan bahawa tiada kematian dilaporkan pada hari dan ini menjadikan kes kematian di Malaysia kekal sebanyak 124 kes.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
The post TERKINI: 8 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Termasuk 5 Kes Jangkitan Tempatan appeared first on Siakap Keli.
No comments: